Dasar Privasi

Last updated: 2024-11-20

*For English, please click here

BAHAGIAN A – AM

Mengenai Dasar Ini

Bahagian A (Am) ("Dasar") ini terpakai kepada pengumpulan, penyimpanan, penggunaan, kemas kini, penzahiran, pemindahan, pemadaman dan operasi lain (“pemprosesan”) data peribadi individu yang berkaitan dengan laman web dan perkhidmatan ahli gabungan Panasonic Industry Co., Ltd. (“Panasonic Industry”) yang disenaraikan di bawah (“Ahli Gabungan,” “kami,” atau “kita”):

  1. Panasonic Industry Sales Asia Pacific
    Alamat: No.3 Bedok South Road, Singapore 469269,
    the Republic of Singapore
  2. Panasonic Industrial Devices (M) Sdn. Bhd
    Alamat: Tingkat 15, Menara IGB, Mid Valley City,
    Lingkaran Syed Putra, 59200, Kuala Lumpur, Malaysia
  3. Panasonic Industrial Devices Sales (Thailand) Co., Ltd.
    Alamat: 252/133 Muang Thai Phatra Complex Building 2
    Tingkat 31, Rachadaphisek Rd., Huaykwang, Bangkok, 10320,
    Thailand
  4. Panasonic Life Solutions India Pvt. Ltd. | Industrial Device Division
    Alamat: Tingkat 12, Ambience Tower I Ambience Island
    NH-8, Gurgaon, Haryana-122002,
    India

Cara Kami Mengumpul Data Peribadi Anda

Kami mungkin mengumpul data peribadi anda secara langsung daripada anda, atau secara automatik apabila anda melawat laman web kami atau menggunakan produk dan perkhidmatan kami. Jenis dan contoh data peribadi yang mungkin kami kumpulkan adalah seperti berikut:

  1. Data Komunikasi Perniagaan: Melalui cara elektronik seperti emel, mesej sembang, PDF, dan fail dokumen lain.
  2. Data Hubungan Perniagaan: Termasuk nama syarikat anda, jawatan dan fungsi, alamat pejabat, alamat emel kerja, nombor-nombor telefon kerja (talian tetap dan mudah alih), dan nombor faks kerja.
  3. Data Identiti: Termasuk nama pertama, nama keluarga, gelaran, dan nama pengguna atau pengecam yang serupa.
  4. Data Lokasi: Seperti isyarat GPS produk atau peranti anda, atau maklumat mengenai titik akses WiFi dan menara sel yang berhampiran yang mungkin dihantar kepada kami apabila anda menggunakan perkhidmatan tertentu.
  5. Data Pemasaran dan Komunikasi: Termasuk pilihan pemasaran dan komunikasi anda, seperti tetapan bahasa. Kami juga menjejak bila anda menerima dan membaca komunikasi pemasaran daripada kami, yang mana maklumat ini kami gunakan untuk meningkatkan perkhidmatan pemasaran kami, memberikan maklumat yang lebih relevan kepada anda, dan meningkatkan kualiti bahan pemasaran kami.
  6. Data Produk/Peranti/Aplikasi: Termasuk model perkakasan anda, nombor IMEI, alamat MAC antara muka rangkaian tanpa wayar peranti dan nombor telefon bimbit yang digunakan oleh peranti, maklumat rangkaian mudah alih anda, sistem operasi mudah alih anda, jenis pelayar mudah alih yang anda gunakan, tetapan zon waktu, alamat IP, butiran sistem operasi, dan teknologi lain pada produk atau peranti yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan kami.
  7. Data Profil dan Penggunaan: Termasuk maklumat yang dikumpulkan tentang penggunaan laman web ini/perkhidmatan kami seperti masa dan tempoh penggunaan anda, kata laluan dan data log masuk, laman web rujukan anda, pautan yang anda klik, carian yang anda lakukan, tindakan yang anda ambil, halaman yang anda lawati, sejarah pelayaran web anda, corak penggunaan anda, dan maklumat daripada borang yang anda isi.
  8. Data Transaksi: Termasuk maklumat tentang transaksi anda (seperti pembelian atau pemulangan produk/peranti dan perkhidmatan kami) dan butiran mengenai produk/peranti tersebut seperti nama produk/peranti dan perkhidmatan, kategori produk, nombor model, nombor siri, harga pembelian, bukti pembelian, tarikh dan lokasi transaksi, sejarah invois.
  9. Data Pertanyaan Anda: Maklumat dalam pertanyaan anda kepada kami.
  10. Data Pendapat Anda: Maklum balas dan pendapat dalam soal selidik, pemantau, dan sebagainya.
  11. Data Sejarah Penyertaan Acara: Penyertaan anda dalam acara kami (termasuk acara dalam talian).

Tujuan/Maksud Pemprosesan Data Peribadi

Kami memproses data peribadi yang kami memegang tentang anda untuk tujuan/maksud yang dinyatakan di bawah. Kami hanya akan memproses data peribadi anda sekiranya diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan berikut:

  1. Menguruskan laman web ini dan perkhidmatan kami: Untuk menyediakan dan mentadbir laman web ini serta perkhidmatan kami dengan selamat, ini termasuk penambahbaikan berterusan terhadap fungsinya, termasuk memantau prestasi pusat data dan rangkaian, mengekalkan keselamatan infrastruktur dan perkhidmatan kami, serta melaksanakan pengujian, pelaporan, dan penyelesaian masalah.
  2. Membuat Akaun atau Profil: Apabila anda membuat akaun atau profil di laman web atau aplikasi Panasonic Industry, dan mendaftar produk atau perkhidmatan di situ.
  3. Menerbitkan komen anda di papan mesej dan forum: Beberapa laman web dan aplikasi Panasonic Industry mempunyai papan mesej, forum, papan buletin, fungsi sembang, blog, dan ciri-ciri serupa ("Siaran Komuniti") di mana anda boleh menyiarkan maklumat, mesej dan bahan lain.
  4. Menyediakan perkhidmatan kami: Untuk menyediakan perkhidmatan kami atau sebarang ciri khusus yang anda minta, termasuk membolehkan kami memenuhi obligasi kami di bawah mana-mana kontrak dengan anda (seperti, waranti produk atau peranti), menyediakan perkhidmatan sokongan pelanggan, dan menangani sebarang pertanyaan sokongan lain yang anda ada (seperti pengendalian aduan), dan memberikan latihan serta pemberitahuan kepada kakitangan.
  5. Kemas Kini: Untuk berkomunikasi dengan anda, termasuk berkomunikasi dengan anda tentang akaun, profil, atau transaksi anda dengan kami, memberikan anda maklumat penting tentang produk anda, peranti, aplikasi atau perkhidmatan lain dan menghantar dasar tentang sebarang perubahan penting pada terma dan syarat atau dasar kami, contohnya Dasar ini.
  6. Promosi, permainan (dalam talian), cabutan hadiah, rebat tunai, pertandingan, dan aktiviti serupa: Untuk menjalankan dan mentadbir sebarang perkara di atas dengan betul, termasuk berkongsi Data Peribadi anda dengan para penaja.
  7. Menghantar komunikasi pemasaran: Menyediakan iklan tersuai, kandungan tajaan, membuat cadangan berdasarkan aktiviti anda yang lepas pada perkhidmatan kami, dan menghantar komunikasi promosi seperti buletin kepada anda serta berkongsi data peribadi anda dengan rakan kongsi kami jika anda menghubungi kami dengan pertanyaan jualan.
  8. Penambahbaikan perkhidmatan dan soal selidik: Untuk membangunkan dan menambah baik produk dan perkhidmatan Panasonic yang baru dan sedia ada, cadangan, iklan dan komunikasi lain serta mengetahui lebih lanjut tentang keutamaan anda termasuk meminta pendapat anda mengenai produk dan perkhidmatan kami dan menjalankan soal selidik. Ini juga merangkumi penghasilan statistik agregat and tanpa nama mengenai penggunaan perkhidmatan kami.
  9. Penarikan balik produk: Dalam keadaan yang jarang berlaku bahawa Panasonic Industry perlu menarik balik sebarang produk, termasuk untuk tujuan keselamatan, kami perlu menghubungi anda dengan arahan tentang cara memulangkan produk anda.
  10. Pematuhan undang-undang dan tindakan undang-undang: Memastikan pentadbiran, operasi dan pematuhan kepada semua undang-undang dan peraturan yang terpakai serta dasar dan proses dalaman Panasonic Industry, serta penguatkuasaan hak undang-undang dan pembelaan sekiranya berlaku pertikaian undang-undang.
  11. Pembelajaran Mesin: Untuk mengautomasi proses perniagaan termasuk pengeluaran invois dan perakaunan, serta tindak balas terhadap komunikasi perniagaan.

Penzahiran Data Peribadi kepada Pihak Penerima

Kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada kategori penerima berikut, termasuk penerima yang berada di luar negara tempat yang anda berada:

  1. Ahli Gabungan: Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan Panasonic Industry dan Ahli Gabungan yang dinyatakan di atas dalam Seksyen 1 (Mengenai Dasar Ini).
  2. Pekerja: Kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada pekerja kami yang mempunyai kuasa dan keperluan untuk mengakses data peribadi.
  3. Pembekal perkhidmatan: Kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan, seperti pembekal perkhidmatan IT, Penyedia Perkhidmatan Pemasaran.

Kami juga boleh menzahirkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga selain daripada yang dinyatakan di atas, termasuk agensi-agensi awam, jika penzahiran tersebut adalah diperlukan untuk mencapai tujuan pemberian data peribadi kepada kami atau tujuan lain yang kami nyatakan semasa mendapatkan persetujuan atau data peribadi daripada anda, setakat yang diperlukan untuk mematuhi sebarang undang-undang dan peraturan yang terpakai kepada kami, untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan, atau untuk menubuhkan, melaksanakan, atau mempertahankan tuntutan undang-undang.
Kami memerlukan semua penerima data peribadi anda untuk menganggapnya sebagai sulit dan hanya memprosesnya mengikut keperluan yang ketat dari segi undang-undang dan peraturan perlindungan data yang terpakai, dan jaminan undang-undang lain yang terpakai seperti yang dinyatakan dalam Lampiran untuk setiap bidang kuasa dalam Bahagian B (Keperluan Bidang Kuasa).

Pemindahan Antarabangsa Data Peribadi

Data peribadi anda yang kami kumpulkan mungkin disimpan dan diproses di pelayan di Jepun dan/atau Amerika Syarikat yang dikendalikan oleh Panasonic Industry atau Ahli Gabungan (atau vendor pelayannya). Kami akan memastikan bahawa data peribadi anda kekal dilindungi selaras dengan keperluan yang ditetapkan dalam undang-undang dan peraturan perlindungan data, dan perlindungan undang-undang lain yang terpakai seperti yang dinyatakan dalam Lampiran untuk setiap bidang kuasa dalam Bahagian B (Keperluan Bidang Kuasa).

Anda boleh meminta maklumat tambahan berkenaan perkara ini dan mendapatkan salinan perlindungan yang sesuai yang kami sediakan dengan menghantar permintaan kepada butiran perhubangan yang dinyatakan dalam Seksyen 9 (Hubungi Kami) di bawah.

Tempoh Penyimpanan Data

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan bagi memenuhi tujuan pengumpulan data tersebut.
Ini termasuk tujuan bagi memenuhi kontrak kami dengan anda, mematuhi kewajipan undang-undang, pengawalseliaan, perakaunan, pelaporan yang kami terikat untuk dipatuhi, dan untuk penubuhan serta pembelaan tuntutan undang-undang.

Hak Anda

Anda mempunyai beberapa hak undang-undang berkaitan dengan data peribadi yang kami pegang mengenai anda. Hak-hak ini mungkin berbeza bergantung kepada lokasi anda dan undang-undang perlindungan data yang terpakai terhadap hubungan antara anda dan kami, tetapi secara lazimnya ini termasuk:

  1. hak untuk mendapatkan maklumat mengenai pemprosesan data peribadi anda dan untuk mengakses data peribadi yang kami memegang mengenai anda;
  2. hak untuk meminta agar kami membetulkan data peribadi anda jika ia tidak tepat atau tidak lengkap;
  3. hak untuk meminta agar kami memadam data peribadi anda dalam keadaan tertentu;
  4. hak untuk meminta agar kami mengehadkan pemprosesan data peribadi anda dalam keadaan tertentu;
  5. hak untuk membantah pemprosesan data peribadi anda oleh kami;
  6. hak untuk menerima data peribadi anda dalam format yang terstruktur, biasa digunakan, dan boleh dibaca mesin dan/atau hak untuk meminta agar kami menghantar secara langsung data peribadi kepada penerima jika ini boleh dilaksanakan secara teknikal; dan
  7. hak untuk menarik balik persetujuan anda kepada pemprosesan data peribadi anda pada bila-bila masa.

Anda boleh melaksanakan mana-mana hak anda dengan menghubungi kami menggunakan maklumat yang dinyatakan dalam Seksyen 9 (Hubungi Kami) di bawah.
Anda juga boleh membuat aduan kepada pihak perlindungan data yang berkuasa di bidang kuasa yang berkaitan sekiranya anda percaya bahawa mana-mana hak anda telah kami langgar dan untuk apa-apa sebab lain yang dinyatakan dalam Bahagian B (Keperluan Bidang Kuasa).

Langkah Kawalan Keselamatan

Keselamatan data peribadi anda adalah keutamaan tertinggi bagi kami. Kami telah mengambil pelbagai langkah fizikal dan teknikal yang sesuai serta dasar dan proses yang kukuh.
Tujuannya adalah untuk melindungi data peribadi anda dan melindunginya daripada pemusnahan atau pengubahan secara tidak sengaja atau yang melanggar undang-undang, kehilangan tidak sengaja, penzahiran atau akses tanpa kebenaran, dan jenis pemprosesan lain yang melanggar undang-undang.
Langkah-langkah ini mengambil kira tahap kemajuan teknologi, kos pelaksanaannya, sifat data peribadi, dan risiko pemprosesan.

Keselamatan maklumat, termasuk perlindungan data peribadi, telah disusun dalam Program Panasonic sedunia yang dipanggil Information Security Management (ISM).
Matlamat, standard, dan langkah pelaksanaannya yang berkaitan telah disusun dalam Dasar global yang sah, serta standard dan garis panduan tambahan.
Program ini dan semua bahagiannya mengikut rancangan tahunan yang ketat iaitu Plan-Do-Check-Act (PDCA) untuk menjamin kerahsiaan, integriti, dan ketersediaan semua data (termasuk data peribadi anda) untuk sepanjang kitaran hayat maklumat, dari pengumpulan hingga pemusnahan maklumat tersebut.

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Dasar ini, hak anda, atau sebarang perkara lain yang berkaitan dengan perlindungan data peribadi, sila hubungi kami di alamat emel berikut:

Alamat emel: [privacy@sg.panasonic.com]

Kandungan Dasar ini boleh diubah untuk melindungi data peribadi anda atau untuk mematuhi sebarang pindaan kepada undang-undang, peraturan, atau kaedah lain.
Anda akan dimaklumkan tentang sebarang perubahan di laman web kami, melalui emel, atau melalui cara lain.

BAHAGIAN B – KEPERLUAN BIDANG KUASA

Bagi sesiapa di Malaysia

Lampiran kepada Dasar ini (“Lampiran Malaysia”) ini terpakai kepada sesiapa yang berada di Malaysia dan setakat mana undang-undang perlindungan data peribadi Malaysia terpakai.
Lampiran Malaysia ini adalah sebagai tambahan dan bukan pengurangan kepada Dasar yang dinyatakan di atas.
Dasar dan Lampiran Malaysia ini secara kolektif dirujuk sebagai “Dasar Privasi” dalam Lampiran Malaysia ini.

Pemberian Data Pribadi

Sila ambil perhatian bahawa pemberian data peribadi anda adalah secara sukarela.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk menahan, menarik balik atau mengehadkan persetujuan untuk kami memproses data peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memproses data peribadi anda untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi.

Pemprosesan Data Peribadi

Kami akan memproses data peribadi anda mengikut tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 3 (Tujuan Pemprosesan Data Peribadi) dalam Dasar ini atau yang lain-lainnya mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi Malaysia. Tanpa prejudis kepada perkara di atas, kami mungkin memproses data peribadi anda jika pemprosesan itu adalah diperlukan:

  1. bagi melaksanakan sesuatu kontrak yang subjek data itu ialah suatu pihak kepadanya;
  2. bagi mengambil langkah atas permintaan subjek data itu dengan tujuan untuk membuat sesuatu kontrak;
  3. bagi mematuhi apa-apa obligasi undang-undang yang pengguna data itu merupakan subjek baginya, selain suatu obligasi yang dikenakan oleh sesuatu kontrak;
  4. bagi melindungi kepentingan vital subjek data itu;
  5. bagi mentadbirkan keadilan; atau
  6. bagi menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada mana-mana orang oleh atau di bawah mana-mana undang-undang.

Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia

Kami mungkin memindahkan data peribadi anda kepada penerima yang diterangkan dalam Seksyen 4 (Penzahiran Data Peribadi kepada Pihak Penerima) dalam Dasar itu, yang mungkin berada di luar Malaysia. Kami hanya akan memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi Malaysia dan, jika perlu, kami akan memastikan bahawa pihak penerima memproses data peribadi tanpa melanggar undang-undang perlindungan data peribadi Malaysia.

Bahasa Dasar Privasi

Dasar Privasi ini dikeluarkan dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi bahasa Inggeris dan versi bahasa Melayu, versi bahasa Inggeris akan diguna-pakai.